Saturday, 14 August 2010
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Tadaaa, ahaha . Gila kan ? Okey sebelum mula aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak kepada semua kawan dan yang kenal diri aku . Rasa macam lama je masa berlalu walaupun puasa dah masuk hari yang ke-4 . Sepanjang puasa ini macam-macam yang berlaku pada diri aku . Alhamdulilah ada perkara yang terjadi dapat aku selesaikan dengan baik dan sebaliknya . Semua dugaan yang di beri hanya datang sekelip mata sahaja dan hilang dengan sepantas saja . Memang sangat perit untuk hadapi apa yang berlaku tapi aku tahu itu adalah dugaan dan cabaran semata-mata untuk aku hadapi sama ada dengan sabar atau tidak . Dan sekarang aku sudah mula berubah sedikit untuk beralih ke arah yang baik . Maklum la dulu kan aku jahat, betul tak wey ? Ahaha, issyyhhh . Apa-apa pun mungkin sebab aku dah matang walaupun hari jadi tak sampai lagi. HEHE . Bulan puasa ini banyak mengajar aku erti kesabaran . Serious taw . Tak tipu =.= Tapi dengan apa yang berlaku bagi aku , aku akan cuba bertahan . Lagi-lagi tahun ini adalah tahun terbesar aku iaitu SPM . Dan lepas naik je sekolah terus percubaan SPM . Sumpah, sekarang memang cuak, gementar dan macam lagi la . Aku pon dah mula belajar dan berusaha sikit-sikit sebab aku nak buktikan kepada ibu bapa aku yang aku boleh lebih dari kakak aku, huh ! Tapi korang semua yang baca blog ini jangan lupa doakan kejayaan aku taw . Doakan aku di beri ketenangan untuk menjawab soalan nanti walaupun lambat lagi peperiksaan . Issyyhhh, rasa nak raya lebih-lebih oh tapi bila di fikirkan nak periksa terpaksa menahan . Waaaaaa x.x
*Maaf ya ibu bapak kalau ayat di atas itu betul-betul skema . Cuba untuk membiasakan diri supaya senang dalam peperiksaan BM, SPM jawab tak ada 'short' aje. Ahaha . Try untuk berubah untuk jadi lebih baik :)
You is mine Saturday, August 14, 2010